RM160
HAYYIBA merupakan formulasi minuman botani dengan ramuan berganda untuk kebaikan keseluruhan kesihatan masa kini. Diformulasikan dengan bahan sunnah dan 7 ramuan berkualiti, HAYYIBA mengoptimumkan kesihatan dari dalam.
Kuantiti | Harga |
1 | RM160 |
2 | RM285 |
3 | RM445 |
4 | RM539 |
5 | RM699 |
6 | RM795 |
🛒Diskaun akan ditunjukkan dalam troli lepas menambah item
Description
MANFAAT UTAMA
Melawan kelesuan
Menguatkan sistem imuniti
Mengurangkan kencing berbuih
Mengurangkan sakit sendi
Membaikpulih tekanan darah
Mengawal paras gula dalam darah
Menggalakkan pemulihan sel hati
Mengurangkan keradangan dalam badan
Membantu Penurunan Berat Badan.
Membaikpulih kadar kolesterol
Menggalakkan pertumbuhan tisu untuk mempercepatkan penyembuhan
Membantu isu kulit seperti ekzema dan jerawat
Melancarkan sistem respiratori (pernafasan)
Membaiki fungsi sel ginjal secara berperingkat
Menyokong Kesihatan Otak
BAHAN UTAMA
Habbatus Sauda
- Diproses dengan pengekstrakan ‘cold-pressed’ tanpa menghilangkan nutrien semulajadi habbatus sauda.
- Ramuan sunnah berkualiti tinggi diimport khas dari Amerika Syarikat.
- Mengandungi 85% asid lemak baik (omega 3, 6 dan 9) dan thymoquinone, bahan aktif yang baik.
- Mempunyai ciri-ciri antioksidan dan anti-radang.
- Menyokong kadar gula darah yang sihat dengan meningkatkan rembesan insulin dan membaikpulih sensitiviti insulin.
- Membantu mengekalkan paras kolesterol yang sihat dengan memperlahankan penyerapan kolesterol ke dalam usus.
- Membantu mengawal tekanan darah dengan merangsang keanjalan saluran darah dan kitaran darah.
Ekstrak biji peria Polypeptide-k (PPk)
- Mempunyai bahan aktif semirip insulin manusia iaitu polipeptida-K yang menunjukkan ciri-ciri mengawal diabetes semula jadi.
- Proses ekstrak dipatenkan di 153 buah negara termasuklah Eropah dan Amerika Syarikat.
- Membantu mengaktifkan semula insulin dan meningkatkan sensitiviti insulin.
- Merangsang pembawa glukosa dan menggalakkan penggunaan glukosa sebagai sumber tenaga.
- Menyokong kadar gula darah yang sihat.
BAHAN SOKONGAN
B-kompleks
- Mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9
- Nutrien penting yang membantu penghasilan tenaga, metabolisme sel dan sistem saraf.
Ekstrak Kayu Manis
- Terkenal dengan ciri-ciri anti-radang dan antioksidan.
- Kompaun yang terdapat dalamnya iaitu polimer procyanidin type A bertindak sebagai peniru insulin.
- Membantu mengawal kolesterol dan kadar haemoglobin (sel darah merah).
Ekstrak Mengkudu
- Dikenali sebagai mulberi India
- Setiap bahagian mengkudu mempunyai ciri-ciri profilaktik (pencegahan penyakit) dan terapeutik yang tinggi bagi kesihatan manusia.
Ekstrak Misai Kucing
Mempunyai ciri-ciri antioksidan, hipoglisemik dan anti-radang.
Ekstrak Gymnema Sylvestre
- Bertindak sebagai ‘pemusnah gula’
- Mempunyai ciri-ciri hipoglisemik iaitu boleh merendahkan paras gula dalam darah.
Kromium
Mineral surih (trace element) yang membantu untuk kawalan gula.
SIJIL-SIJIL
FAKTA & KEGUNAAN
Minuman kesihatan botani yang sedia diminum.
Berperisa campuran kelapa laut dan limau kasturi.
Cadangan pengambilan: 1-2 sachet setiap hari selepas makan.
Jumlah hidangan setiap kotak – 15 sachet.
Peringatan:
HAYYIBA selamat untuk diambil kerana ia menggunakan bahan semulajadi. Walaupun begitu, rujuk doktor perubatan sebelum mengamalkan HAYYIBA atau mana-mana suplemen kesihatan lain jika anda hamil, menyusu, mempunyai atau mengesyaki masalah kesihatan, atau sedang mengambil sebarang ubat.
Simpan di tempat yang sejuk dan kering. JAUHI DARI KANAK-KANAK.
HAYYIBA FAQ
Hayyiba merupakan minuman berfungsi yang dikelaskan di bawah kategori makanan oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan dikawal di bawah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQ), Kementerian Kesihatan Malaysia. Hayyiba bukan sejenis suplemen.
Hayyiba selamat untuk diambil. Setiap fasa penghasilan Hayyiba menjalani pemeriksaan kualiti yang ketat bagi logam berat dan mikroorganisma daripada makmal berakreditasi untuk memastikan keselamatan dan kualitinya. Semua produk kami dikilangkan secara berhati-hati mengikut kemudahan GMP dan HACCP yang disahkan. Keselamatan dan kualiti merupakan keutamaan kami dan kami pastikan hanya produk yang terbaik diberikan kepada pelanggan.
Bagi diabetes, Hayyiba akan mengawal kadar gula darah dengan pelbagai tindakan mekanisme, terutamanya meningkatkan fungsi pankreas dan sensitiviti selular terhadap insulin. Tekanan darah dan profil lemak anda akan bertambah baik.Selain itu, anda akan rasa lebih bertenaga dan kurang letih. Namun, harus diingat, bahawa Hayyiba bukan ubat atau pil ajaib. Oleh itu, ia tidak akan memberi kesan serta merta. Ia mengambil masa untuk melihat kesannya dan bergantung pada keadaan anda.
Hayyiba diformulasi secara khas untuk mereka yang pra-diabetik dan diabetik, mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan diabetes, mereka yang cenderung untuk terkena diabetes disebabkan genetik dan mereka yang mengambil makanan atau minuman bergula tinggi.
Hayyiba selamat untuk diambil. Seseorang mungkin mengalami kesan sampingan kecil seperti sakit kepala, pening kepala dan berpeluh. Namun, ia jarang berlaku.
Ya, anda boleh ambil Hayyiba namun tinggalkan jarak selama 2 jam selepas pengambilan insulin untuk mengelakkan kadar gula darah terlalu rendah. Sebagai langkah berjaga-jaga, sila berjumpa doktor sebelum mengambil Hayyiba.
Jika anda sedang mengambil ubat penipisan darah, adalah tidak disyorkan untuk ambil Hayyiba kerana Thymocid ekstrak habbatus sauda mengandungi ciri ciri menipiskan darah. Sila berjumpa doktor terlebih dahulu sebelum mengambil Hayyiba. Pengguna boleh cuba ambil bungkus setiap 2 hari. Jika terdapat pendarahan, berhenti serta merta.
Ya, kanak-kanak diabetik berumur 12 tahun ke atas boleh ambil satu bungkus setiap dua hari. Namun, sila berjumpa dengan pakar pediatrik sebelum mengambil Hayyiba.
Elakkan pengambilan Hayyiba sekurang kurangnya 2 minggu sebelum apa jua pembedahan. Anda boleh mula ambil Hayyiba 1 bulan selepas pembedahan, asalkan luka sudah penh sepenuhnya (termasuklah pembuangan dressing) dan tiada batasan diet yang diarahkan oleh doktor.
Boleh. Hayyiba tidak mengandungi sebarang hormon atau mekanisme lain yang diketahui
dapat mengganggu kawalan hormon ketika haid.
Pesakit buah pinggang pada tahap 1 dan 2 boleh mengambil Hayyiba secara hari
berselang. Namun, sila berjumpa doktor terlebih dahulu sebelum mengambil Hayyiba. Bagi pesakit kegagalan buah pinggang tahap 3 dan 4, tidak disyorkan untuk mengambil apa jua suplemen makan tambahan tinggi nutrien.
Ya, namun ia bergantung pada batasan diet pesakit tersebut. Jika sedemikian, adalah dicadangkan untuk mula ambil Hayyiba selepas tamat batasan diet untuk mengelakkan sebarang interaksi makanan-ubat. Hayyiba tidak membantu menyembuhkan kanser, namun
ia membantu meningkatkan kualiti kehidupan pesakit, contohnya, mengurangkan kelesuan fizikal dan mental. Bagi pesakit kanser tahap 3 atau 4, adalah tidak disyorkan untuk mengambil Hayyiba.
Hayyiba merupakan rawatan tradisional, bukan sejenis ubat. Oleh itu, ia tidak boleh
merawat diabetes retinopati / neuropati/nefropati. Namun, Hayyiba boleh membantu komplikasi melewatkan perkembangan mikrovaskular diabetes daripada menjadi lebih teruk.
Diabetes Jenis 1 merupakan keadaan kronik iaitu pankreas menghasilkan sedikit insulin atau tiada insulin langsung disebabkan faktor genetik, autoimun dan lain-lain. Oleh itu mereka bergantung pada suntikan insulin untuk mengawal kadar glukosa di dalam badan. Ya, Hayyiba boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi diabetes seperti kerosakan
mata, kerosakan saraf, kerosakan buah pinggang dan sakit jantung.
Jangan berhenti ambil ubat secara tiba-tiba walaupun kadar gula darah bertambah baik. Sila berjumpa doktor anda.
Hayyiba membantu membaikpulih gout dengan mengurangkan keradangan dan mengawal kadar gula darah di dalam badan. Pemecahan fruktosa (diet yang tinggi gula) akan menghasilkan asid urik, meningkatkan pembentukan pemendapan kristal asid urik dalam sendi, menyebabkan keradangan dan kesakitan. Namun, Hayyiba tidak membantu mengurangkan kadar asid urik secara langsung.
Individu yang mempunyai G6PD TIDAK BOLEH mengambil Hayyiba kerana ia mengandungi biji peria yang berkemungkinan boleh menyebabkan anemia hemolitik.